'Kenyataan Tengku Zafrul tidak menjawab isu kewangan milenial'

Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Syed Saddiq)
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Syed Saddiq)
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung perbelanjaan golongan milenial adalah tidak wajar dan tidak menjawab kepada isu kewangan sebenar yang dihadapi oleh golongan milenial di negara ini, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq berkata, kadar upah untuk setiap kerja yang dilakukan perlu dipertingkatkan dalam usaha memberi tumpuan kepada gaji berpatutan kepada masyarakat.

“Menteri Kewangan harus membawa fokus sebenar masalah kewangan golongan milenial iaitu isu gaji bermaruah.

“Setiap satu langkah, cadangan dan dasar yang dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia harus dibuat dengan tujuan untuk menyediakan gaji bermaruah kepada rakyat.

“Malangnya, Menteri Kewangan mendakwa rakyat gagal untuk mempunyai simpanan wang yang kukuh kerana kononnya rakyat boros berbelanja dan bermewah dengan pakaian baru, telefon dan permainan video, PlayStation 5 (PS5). Ini bukan satu respons yang rakyat mahukan dari Menteri Kewangan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau yang juga merupakan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, gaji yang diraih oleh rakyat tidak dapat menampung kos sara hidup yang meningkat setiap tahun.

“Adakah terus jimat berbelanja adalah jawapan Menteri Kewangan kepada isu kos sara hidup yang makin meningkat?” soalnya.

Pada Selasa, Tengku Zafrul menyatakan bahawa 40 peratus golongan milenial didapati berbelanja melebihi kemampuan mereka.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, menurut Bank Negara Malaysia, sebanyak 47 peratus golongan belia Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: 40 peratus generasi milenium belanja di luar keperluan