Johor beri bantuan 'one-off' bernilai RM4.919 juta

Kerajaan negeri menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM4.919 juta kepada pemandu teksi dan kereta sewa; pemandu bas sekolah; pemandu e-hailing dan penghantar makanan di Johor.
Kerajaan negeri menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM4.919 juta kepada pemandu teksi dan kereta sewa; pemandu bas sekolah; pemandu e-hailing dan penghantar makanan di Johor.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM4.919 juta kepada pemandu teksi dan kereta sewa; pemandu bas sekolah; pemandu e-hailing dan penghantar makanan di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, bantuan berkenaan merupakan inisiatif Agenda Johor Berkebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021 di bawah peruntukan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sebagai tanda keprihatian kerajaan negeri membantu golongan itu berhadapan cabaran pandemik Covid-19.

"Seramai 4,758 pemandu teksi dan kereta sewa berdaftar akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 membabitkan kos sebanyak RM2.37 juta. Sejumlah 2,123 pemandu bas sekolah berdaftar akan menerima bantuan one-off RM500 membabitkan kos keseluruhan RM1.066 juta.

"Seramai 10,293 pemandu e-hailing di negeri ini akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM100 membabitkan peruntukan RM1.029 juta manakala bagi penghantar makanan, seramai 4,455 penerima akan menerima bantuan one-off sebanyak RM100 membabitkan kos RM445,500," katanya sempena majlis ringkas di ruang legar Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di sini, pada Rabu.

Hadir sama pemandu Teksi Lapangan Antarabangsa Senai, Gabungan Teksi Berdaftar (Gapet), Pemandu Teksi Johor Bahru-Singapura dan Pemandu Bas Sekolah Berdaftar selain wakil pemandu e-hailing berdaftar, penghantar makanan Foodpanda, Grab Food dan Bungkus It.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pemandu Teksi Johor Bahru- Singapura Sdn. Bhd, Ahmad Osman melahirkan syukur atas bantuan diberikan kerana dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat Covid- 19.

"Pemandu teksi antara golongan paling terjejas kerana ketiadaan penumpang akibat penutupan sempadan Johor-Singapura. Sejak Mac tahun lalu kami langsung tiada pendapatan kerana tidak boleh mengambil serta menghantar penumpang akibat penutupan sempadan," katanya.

Artikel Berkaitan: