Jenazah wanita maut ditembak di Johor selamat dikebumikan

Kariah masjid dan penduduk setempat meratakan tanah kubur mangsa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga, Hulu Terengganu pada Rabu.
Kariah masjid dan penduduk setempat meratakan tanah kubur mangsa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga, Hulu Terengganu pada Rabu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Jenazah wanita yang mati ditembak suami ketika sedang tidur di rumah mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor Bahru pada 1 Mac lalu selamat dikebumikan pagi Rabu.

Jenazah wanita berusia 38 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga, Kuala Berang, di sini pada jam 5.30 pagi.

Imam Masjid Kampung Telaga, Jusoh Salleh, 64, berkata, van yang membawa jenazah dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tiba di kawasan tanah perkuburan berkenaan pada jam 4 pagi.

Menurutnya, urusan pengebumian disegerakan atas permintaan keluarga dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

"Kami selaku kariah masjid kemudiannya melakukan tahlil ringkas sejurus pengebumian selesai," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Telaga di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa yang masih trauma dengan kejadian berkenaan enggan ditemubual.

Misteri kehilangan seorang wanita yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai, di Bandar Penawar, Johor Bahru.

Artikel Berkaitan:

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

Lebih mengejutkan, suaminya yang berusia 43 tahun, menjadi suspek utama dipercayai menembak mangsa ketika wanita berkenaan sedang tidur di kediaman mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Kes bermula apabila jiran mereka membuat laporan berkaitan kehilangan ibu dua anak berkenaan pada Isnin lalu dan membawa penahanan suami wanita itu serta seorang lagi lelaki berusia 32 tahun yang juga rakan baiknya pada keesokan harinya bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal ke atas suami wanita itu, suspek mendakwa isterinya keluar rumah pada pagi Isnin lalu, jam 2 pagi dan tidak pulang sejak itu.

Bagaimanapun, suami mangsa yang juga seorang pemandu jengkaut akhirnya mengaku membunuh isterinya ketika wanita berkenaan sedang tidur dengan menggunakan senapang angin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!