X

Kindly register in order to view this article
!

Duit raya RM150,550 daripada NIMS

Zamri menunjukkan hasil gabungan penutup Crispy Choco Tub dan keratan kepala akhbar Sinar Harian yang telah dihantar oleh peserta Peraduan PKPNimsXSinar.
A
A

MENJELANG bulan Ramadan yang bakal tiba dalam beberapa minggu lagi, pembaca Sinar Harian dan pelanggan produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, NIMS ADELICIOUSZ berpeluang memenangi duit raya berjumlah RM150,550.

Peraduan PKPNimsXSinar yang dianjurkan pada 1 Februari hingga 14 April depan memberi ganjaran yang sangat berbaloi dan pemenang kategori hadiah utama akan ditentukan berdasarkan cabutan bertuah.

Editor Kandungan Premium Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, keputusan pemenang peraduan untuk hadiah utama itu akan diumumkan pada penghujung bulan April atau lebih tepat lagi pada pertengahan Ramadan.

“Sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk pembaca Sinar Harian dan peminat produk NIMS yang berasaskan coklat mencuba nasib bagi mendapatkan duit raya.

“Kita akan umumkan pemenang semasa bulan puasa, sesuai dengan waktu persediaan untuk menyambut hari raya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, Zamri berkata, peraduan itu menuntut kesabaran tinggi kepada peserta kerana perlu mengumpul tujuh warna penutup Crispy Choco Tub yang berbeza setiap minggu.

“Maksudnya setiap minggu peserta kena kumpul warna penutup berkenaan selain perlu mendapatkan kepala akhbar Sinar Harian sebanyak 35 keping. Itu adalah bahagian yang mencabar.

“Namun ia berbaloi kerana wang tunai ditawarkan sebanyak RM30,000. Ganjaran itu dikira tinggi kerana bukan senang hendak dapat RM30,000 dalam satu-satu peraduan,” ujarnya.

Jelasnya, peserta tidak perlu risau sekiranya gagal kerana mereka masih berpeluang meraih banyak lagi ganjaran hadiah lain termasuk penyertaan dalam kategori Hadiah Kreatif.

Kategori Hadiah Kreatif merupakan penyertaan yang membuka ruang kepada pembaca Sinar Harian dan penggemar NIMS ADELICIOUSZ untuk menghasilkan rekaan mengikut kreativiti masing-masing.

Zamri turut berkongsi tip kepada pembaca bagi meningkatkan peluang untuk memenangi kategori tersebut.

“Untuk dapatkan markah yang lebih tinggi, peserta disarankan supaya menterjemahkan kreativiti dengan cara mengaitkan gabungan Sinar Harian dan produk NIMS ADELICIOUSZ dalam idea mereka.

“Ada peserta peraduan yang mungkin buat sebuah feri yang besar, tetapi tidak menang. Bukan faktor saiz diambil kira tetapi kerana kreativiti itu tiada kaitan dengan tema bagi kedua-dua jenama,” katanya.

Sementara itu, Zamri berkata, peraduan PKPNimsXSinar masih terbuka kepada sesiapa yang mahu menyertainya.

Untuk mengumpul penutup bekas produk Siri Pelangi Crispy Choco Tub, peserta boleh dapatkannya melalui bantuan ejen yang disediakan. Ikuti laman Instagram (IG) nims.hq dan IG Sinar Harian untuk maklumat lanjut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!