SOP yang 'Semua Orang Pening’

Orang ramai dilihat memakai pelitup muka sebagai langkah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berada di tempat awam. - Foto Bernama
Orang ramai dilihat memakai pelitup muka sebagai langkah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berada di tempat awam. - Foto Bernama
A
A
A

MERAK Jalanan kadang-kadang pening bila cakap pasal prosedur operasi standard (SOP) ini.

Sekejap boleh, sekejap tak boleh. Sekejap ketat, sekejap longgar. Maka tak hairanlah ada yang menyamakan SOP ini sebagai 'semua orang pening’.

Antara yang masih Merak Jalanan ingat adalah mengenai SOP potong rambut. Penggunting hanya boleh potong rambut tapi tak boleh cukur misai.

Sedangkan pelanggan dan tukang gunting tidak mungkin duduk dalam jarak satu meter untuk memotong rambut.

Itu belum lagi SOP istimewa pak menteri. Sampai sekarang Merak Jalanan tak dapat terima macam mana Pak Menteri boleh ke luar negara kena kuarantin tiga hari, sedangkan rakyat kena berkurung sampai 10 hari.

Tidak ketinggalan, SOP dua orang satu kereta sedangkan dalam pengangkutan awam, orang ramai boleh pula bersesak dalam bas, LRT dan komuter.

Merak Jalanan tahu kerajaan pun bukanlah mudah nak buat sesuatu keputusan SOP. Sebab, ada negeri yang kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada negeri pula dah masuk PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP).

Malah, satu perkara yang pasti tidak dapat dielakkan adalah tekanan daripada pemain industri terhadap kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Kemudian pada Selasa, Merak Jalanan pening lagi bila kerajaan buat keputusan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri PKPP boleh melancong ke negeri PKPP yang lain.

Boleh naik bas persiaran, boleh pergi kawasan-kawasan pelancongan, boleh makan sana-sini.

Yang peliknya kalau sudah yakin orang dari negeri PKPP ini sihat dan selamat, kenapa tidak dibuka sahaja rentas negeri antara negeri PKPP tersebut.

Ramai yang mempertikaikan SOP melancong itu. Mengapa mereka tidak boleh balik ke kampung berjumpa orang tua, sedangkan pelancong yang datang secara rombongan boleh pula ke sana ke sini.