Tiga lelaki disyaki terlibat judi dalam talian diberkas

Tiga lelaki ditahan disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.
Tiga lelaki ditahan disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga tempatan yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian ditahan di sebuah premis di Jalan Kiara, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua lelaki berusia antara 24 hingga 30 tahun itu ditahan pada jam 9.40 malam.

"Kita merampas empat monitor, dua papan kekunci dan tetikus, lima buah telefon bimbit serta dua buah unit pemprosesan komputer," katanya dalam kenyatan pada Selasa.

Anuar berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti perjudian dalam talian selama lapan bulan dan menggunakan laman web bagi mempromosi kegiatan judi.

"Promosi turut dijalankan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram," katanya.

Anuar memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan: