X

Kindly register in order to view this article
!

Dakwaan disogok RM10 juta: SPRM Johor buka kertas siasatan

Gambar kecil: Azmi
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan berhubung tawaran wang sebanyak RM10 juta kepada Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Pengarahnya, Datuk Azmi Alias berkata, beberapa saksi yang terlibat telah dikenalpasti dan tindakan mengesan dan merakam percakapan sedang dijalankan termasuk ke atas Natrah.

"Satu kertas siasatan telah dibuka bagi mengesahkan aduan berhubung tawaran rasuah sebanyak RM10 juta sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook Ops Johor berkenaan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail mendapat tawaran wang RM10 juta untuk beliau lompat parti," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, Azmi menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Sekiranya mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa bukti atau keterangan baharu sila hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Pada Ahad lalu, Ahli Parlimen Sekijang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan cubaan mendapatkan sokongan beliau terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menjanjikan manfaat yang bakal diperoleh.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!