X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi khas rekod jumlah sitaan motosikal tertinggi

Antara motosikal yang disita dibawa ke Balai Trafik Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.
A
A

AMPANG - Sebanyak 49 buah motosikal disita oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ampang Jaya dalam Operasi Khas Ubah Suai Ekzos sejak 1 Mac hingga Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya mencatat rekod jumlah sitaan motosikal paling tinggi di Selangor pada minggu pertama operasi khas tersebut dilaksanakan.

"Dalam tempoh itu, kita juga telah mengeluarkan 76 saman atas kesalahan ubah suai ekzos selain 632 saman atas pelbagai kesalahan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 965 buah kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa sepanjang Ops Khas yang turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

"JPJ Selangor turut mengeluarkan sejumlah 55 saman serta notis dalam operasi itu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!