Yaman, Qatar pulihkan hubungan diplomatik

Qatar dan Yaman
Qatar dan Yaman
A
A
A

MOSCOW - Yaman dan Qatar memulihkan kembali hubungan diplomatik yang terputus sejak 2017, kata Kementerian Luar Yaman pada Ahad, lapor Sputnik.

Menurut akaun Twitter kementerian itu, Menteri Luar Ahmad Awad bin Mubarak dan rakan sejawatannya dari Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al Thani bersetuju menyambung semula hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam satu pertemuan di Doha.

Empat negara Arab, Bahrain, Arab Saudi, Mesir, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar kerana menuduh Doha campur tangan dalam urusan negara dan menyokong keganasan.

Kemelut berakhir pada awal Januari ketika Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ke-41 Majlis Kerjasama Teluk menandatangani deklarasi bersama mengenai pemulihan hubungan dengan Qatar. - Bernama

Artikel Berkaitan: