X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas antara yang ditahan kerana mabuk

Polis menjalankan ujian saringan pernafasan kepada salah seorang pemandu yang ditahan dalam Op Mabuk sekitar Ipoh, Taiping dan Manjung. - Foto Ihsan PDRM
A
A

IPOH - Seorang warga emas antara empat lelaki yang ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di tiga daerah sejak Jumaat hingga Ahad lalu.

Dalam operasi selama enam jam bermula jam 10 malam itu, kesemua mereka yang berusia 45 hingga 66 tahun itu ditahan dalam operasi di sekitar Manjung, Ipoh dan Taiping.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, keempat-empat mereka ditahan setelah gagal dalam ujian saringan pernafasan yang dijalankan.

"Dalam operasi serentak di tiga daerah itu, polis telah memeriksa 42 pengguna jalan raya dan 37 kenderaan.

"Sebanyak 17 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terutamanya tidak memakai tali pinggang keledar dan lampu brek ketiga tidak berfungsi," katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!