PKR mohon maaf dua ahli Parlimennya lompat parti

Lih Kang (tengah) ketika ditemui media di pusat beli-belah Aeon Tebrau, Johor Bahru pada Sabtu.
Lih Kang (tengah) ketika ditemui media di pusat beli-belah Aeon Tebrau, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas tindakan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang bertindak melompat parti.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kedua-dua individu berkenaan yang disifatkan mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami mahu membuat permohonan maaf kepada semua rakyat khususnya pengundi Parlimen Tebrau dan Parlimen Julau kerana calon yang kita pilih mengkhianati mandat rakyat.

"Kami akan pastikan calon akan datang adalah seorang individu berintegriti dan berkeupayaan, lebih baik daripada ahli Parlimen yang mengkhianati mandat rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Menghormati Wanita anjuran PKR Bahagian Tebrau di pusat beli belah Aeon Tebrau di sini pada Sabtu.

Hadir sama Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Sementara itu, Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim itu berkata, tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang menyatakan sokongan kepada PKR berbeza dengan tindakan Ahli Parlimen Tebrau dan Julau itu.

"Ini tidak jadi isu, ia berbeza dengan Ahli Parlimen Tebrau dan Julau yang melompat kepada gabungan lain. Tetapi daripada Amanah ke PKR, ia adalah 'friendly party'.

"Bagaimanapun, perkara ini akan diselesaikan secara dalaman melibatkan kepimpinan kedua-dua parti iaitu PKR dan Amanah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berhubung dakwaan DAP mahu bertanding di kerusi milik PKR pada PRU akan datang, Lih Kang berkata, mereka tidak akan menyerahkan kerusi milik parti itu kepada mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar PKR sokong PN untuk selesaikan isu rakyat

Larry Sng sahkan keluar PKR