X

Kindly register in order to view this article
!

Lima individu dikompaun langgar SOP main bola

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Polis Putrajaya telah mengeluarkan kompaun ke atas lima lelaki yang bermain bola sepak pada Jumaat kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kesemua mereka berusia 23 hingga 28 tahun itu dikenakan tindakan selepas didapati tiada surat kebenaran merentas daerah atau negeri dari Selangor ke Putrajaya.

Beliau berkata. pemeriksaan dibuat oleh pihak polis antara jam 8 hingga 11.45 malam selepas mendapati terdapat sekumpulan individu bermain bola sepak di Padang Bola Sintetik, Presint 8, dekat sini.

"Kesemua mereka yang merupakan kakitangan swasta datang dari Selangor masuk ke Putrajaya menggunakan Pas Bekerja namun mengambil kesempatan dengan bermain bola sepak selepas habis waktu bekerja,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter @KhairilAnuar dalam ciapannya menyatakan lima individu dikenakan kompaun selepas bermain bola sepak kerana didapati bukan penduduk Putrajaya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!