'Terima bekas ahli UMNO, ibarat ambil 'lintah' rosakkan PH'

A Tines
A Tines
A
A
A

IPOH - Penerimaan kemasukan bekas Ahli Parlimen BN ke dalam parti gabungan PH satu contoh yang tidak baik berkaitan integriti kepada anak muda.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ipoh Barat, A Tines berkata, ketika PH begitu menjaga soal integriti yang sangat dikagumi oleh orang muda, tindakan menerima kemasukan wakil rakyat pembangkang menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap parti kerajaan.

Menurutnya, keadaan ini amat membimbangkan kerana kemasukan wakil rakyat BN ke dalam Bersatu akan memberikan kesan tidak baik kepada PH.

"Tidak sepatutnya kita terima bekas ADUN atau Ahli Parlimen BN kerana mengkhianati mandat rakyat.

"Menerima bekas pemimpin UMNO dan BN ibarat mengambil lintah yang akan merosakkan struktur PH dari dalam," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemasukan tujuh bekas Ahli Parlimen BN ke dalam Bersatu.

Tines berkata, semua parti di dalam PH perlu berhati-hati dalam menerima keahlian bekas pemimpin pembangkang dan perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan parti komponen sebelum menerima mereka.

Artikel Berkaitan: