Jangan ambil kesempatan ketika PKPB

Amri (kanan) menyampaikan cendermata kepada ahli jawatankuasa yang hadir.
Amri (kanan) menyampaikan cendermata kepada ahli jawatankuasa yang hadir.
A
A
A

KOTA - Persatuan Pengguna Kelantan Darulnaim berharap peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan rentas daerah bermula pada Jumaat.

Presidennya, Amri Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini pihaknya menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga makanan dan barangan yang memberi kesan kepada pembeli.

"Peniaga berdepan kerugian teruk ketika pelaksanaan PKP tetapi kita perlu bertanggungjawab memastikan pembeli tidak terbeban dan peniaga mendapat keuntungan berterusan walaupun secara berperingkat," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, beliau hadir merasmikan Mesyuarat Khas Persatuan Pengguna Kelantan Darulnaim di Hotel Royal Guest House, di sini.

Menurutnya, persatuan itu turut melakukan pemantauan secara berkala di beberapa lokasi tumpuan orang ramai bagi memastikan tiada kenaikan harga secara keterlaluan terutama barangan basah.

Katanya, Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga melakukan operasi secara berterusan bagi memastikan semua peniaga terus patuh pada arahan penjualan yang ditetapkan.

"Kita bimbang ada peniaga yang akan dikenakan sama apabila menjual pada harga mahal. Kita tidak mahu peniaga dibebankan lagi dengan saman. Jadi peniaga perlu berhati-hati.

"Ambil untung secara berpada, asalkan rezeki tersebut berpanjangan dan tidak keterlaluan sehingga menyusahkan orang lain. Kalau kita ada rezeki lebih, sedekah pula pada orang lain. Itu kitaran kehidupan yang sepatutnya berlaku dalam kalangan peniaga," katanya.

Artikel Berkaitan: