X

Kindly register in order to view this article
!

Ancaman baharu mahu ceroboh Capitol

Kawalan keselamatan telah dipertingkatkan di Capitol susulan menerima ancaman pencerobohan oleh kumpulan QAnon atau turut dikenali sebagai Q. - Foto: Agensi
A
A

WASHINGTON - Pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meningkatkan kawalan keselamatan di Washington selepas risikan memperoleh maklumat tentang plot ‘pencerobohan ke atas Capitol’ yang mahu dilancarkan sebuah kumpulan militia.

Kenyataan bersama dikeluarkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman sehari sebelum itu memberi amaran tentang rusuhan ganas berpotensi pada Khamis dan Sabtu ini.

Rancangan serangan terbaharu itu dipercayai telah dirancang penyokong bekas Presiden, Donald Trump yang taksub dengan teori konspirasi kononnya beliau akan dilantik semula untuk memegang pentadbiran penggal kedua di Rumah Putih.

Segelintir pengikut teori konspirasi QAnon percaya bilionair hartanah tersebut akan kembali berkuasa pada tarikh tersebut untuk berdepan kumpulan rahsia liberal.

“Kawalan keselamatan telah diperketatkan termasuk mendirikan struktur fizikal selain menempatkan lebih ramai anggota untuk memastikan Kongres dan pegawai awam dilindungi,” kata Polis Capitol AS dalam satu kenyataan yang mengambil serius ancaman tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anggota Dewan Perwakilan turut membatalkan sesi bersidang pada Khamis walaupun Senat akan tetap meneruskan agenda mereka.

Ancaman itu diterima kira-kira dua bulan selepas rusuhan ganas dilancarkan penyokong Trump ke atas Capitol ketika Kongres mahu mengisytiharkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden ke-46 AS.

Sehingga kini, Jabatan Kehakiman telah mendakwa lebih 300 individu termasuk anggota militia berhaluan kanan, Oath Keepers dan Three Percenters yang terlibat insiden pencerobohan ganas pada 6 Januari lalu. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!