Polis masih teruskan siasatan terhadap Tawfiq

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai, seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan suatu keputusan.

"PDRM sedang mengambil tindakan susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara memandangkan siasatan kes ini membabitkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Tawfiq merupakan suami kepada Pengerusi Permodalan Nasional Berhad dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Artikel Berkaitan: