X

Kindly register in order to view this article
!

BeONE tawar jadi usahawan telco

Produk telco prabayar syarikat BeONE Network Sdn Bhd.
A
A

BEONE Network Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan mudah alih untuk internet, data dan teks yang menggunakan rangkaian Celcom mengundang individu yang terjejas dengan Covid-19 untuk meningkatkan pendapatan dengan menjadi usahawan telco.

Ketua Pegawai Eksekutif BeONE, Nazri Saad berkata, program tersebut diwujudkan bermula awal Januari lalu bagi membantu mereka yang diberhentikan, dipotong gaji dan yang ingin menambah pendapatan.

Menurutnya, orang ramai yang masih bekerja juga boleh menyertai skim usahawan BeONE Prepaid untuk menambahkan pendapatan sampingan secara berterusan melalui pelan yang disediakan.

"Kami menjemput anda untuk sertai kumpulan kami dan kami akan bantu anda memulakan perniagaan di BeONE Prepaid. Anda berpeluang mencipta kejayaan dan pendapatan berterusan selagi pengguna yang anda daftarkan kekal menggunakan BeONE prepaid dan membuat tambah nilai," katanya.

Nazri berkata, mereka menawarkan inisiatif itu kerana berasakan ramai yang perlu dibantu kerana ekonomi yang masih tidak stabil akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak tahun lepas.

(Dari kiri) Mohammad Nazrin Zariff, Nazri Saad dan Mohamad Amar Rahman.
(Dari kiri) Mohammad Nazrin Zariff, Nazri Saad dan Mohamad Amar Rahman.

"Ramai yang dibuang kerja, kena potong gaji dan sebagainya. Jadi, kami tawarkan mereka sertai kami untuk jadi usahawan telco dalam skim BeONE ini. Yang mahu tambah pendapatan, boleh gunakan inisiatif ini untuk meningkatkan pendapatan. Mereka tidak perlu berhenti kerja,” katanya kepada wartawan Sinar Harian pada Selasa.

Nazri juga mengharapkan agar lebih ramai masyarakat yang masih mencari sumber pendapatan untuk menyertai program usahawan yang dijalankan kerana banyak manfaat yang akan diperolehi.

Katanya, sebanyak 70 hingga 80 peratus daripada 40 juta pengguna telco masih menggunakan perkhidmatan prabayar di negara ini.

“Pasaran kad prabayar sangat besar. Jadi sekiranya mereka ingin mencuba atau nak jadikan bidang telekomunikasi sebagai satu kerjaya, mereka boleh mulakan daripada sekarang kerana hari ini boleh dikatakan majoriti rakyat malaysia memiliki telefon bimbit.

“Kalau nak banding dengan produk lain di pasaran, kita bukan produk sampingan kerana produk telco juga merupakan satu keperluan pada hari ini. Semua orang guna. Pelajar sekolah pun sudah ada telefon bimbit sendiri," katanya.

Tambah beliau, pihak syarikat juga dalam proses dan perancangan untuk memberikan kebajikan kepada usahawan yang dilanda kematian dan kemalangan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Mohamad Amar Rahman berkata, konsep keuntungan boleh diwarisi diterapkan di dalam perniagaan tersebut.

Katanya, apabila seseorang usahawan yang menyertai skim BeONE dilanda musibah, keuntungan tersebut akan diwarisi oleh warisnya sama ada isteri atau anak-anaknya.

Rakan kongsi BeONE Network Sdn Bhd.
Rakan kongsi BeONE Network Sdn Bhd.

“Contohnya, kalau kerja dekat luar, kita makan gaji. Anak dan isteri tidak akan mewarisi gaji tersebut. Tetapi dengan pendapatan BeONE ini, dia boleh diwarisi ke generasi seterusnya.

“Pendapatan tersebut tidak terputus. Jadi, ini yang kami cuba tunjukkan kepada mereka di luar sana. Tidak kesah mereka berlatar belakang apa. Sesiapa boleh jana pendapatan,” ujarnya.

Ketua Pegawai Jualan, Mohammad Nazrin Zariff pula berkata, penyediaan tempat latihan, modul juga disediakan kepada yang terlibat dalam skim tersebut bagi memastikan mereka mampu memberi penerangan yang tepat kepada pelanggan.

“Kita sediakan latihan, modul bagi menghasilkan usahawan yang berkualiti dengan bermodalkan RM50 sahaja sepanjang hayat,” katanya.

Sehingga kini, katanya, usahawan yang menyertai skim Prepaid BeONE sudah mencecah hampir 5,000 orang dan jumlah itu akan bertambah dari masa ke masa kerana pakej kompetitif yang disediakan.

Menurutnya, bagi mereka yang ingin melakukan pendaftaran, boleh berbuat demikian di https://beone.com.my/beone-exclusive-partners/ atau menghubungi ejen BeONE di kawasan mereka.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!