Kebakaran hutan di Jalan Pekan-Nenasi terkawal

Anggota bomba melakukan pemadaman kebakaran bagi mengawal api daripada terus merebak. - Foto JBPM Pahang
Anggota bomba melakukan pemadaman kebakaran bagi mengawal api daripada terus merebak. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

PEKAN - Kebakaran kawasan hutan seluas 50 hektar berhampiran Kampung Cenderwasih, Jalan Pekan-Nenasi di sini sejak Isnin berjaya dikawal daripada merebak ke kawasan kampung dan ladang berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, hasil operasi pemadaman, 35 hektar kawasan terbakar berjaya dipadamkan.

Menurutnya, baki 15 hektar lagi masih dalam tindakan pemadaman yang diteruskan pada Rabu melibatkan empat anggota dari BBP Pekan.

"Kita terpaksa menggunakan pam angkut dan bot untuk operasi memadamkan kebakaran memandangkan lokasi yang terbakar dikelilingi terusan bekas kawasan pembalakan.

"Operasi pemadaman juga agak sukar disebabkan keadaan di kawasan kebakaran, namun ia berjaya dikawal daripada terus merebak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pam angkut digunakan dalam operasi pemadaman berikutan keadaan kawasan terbakar yang dikelilingi terusan bekas kawasan pembalakan. - Foto JBPM Pahang
Pam angkut digunakan dalam operasi pemadaman berikutan keadaan kawasan terbakar yang dikelilingi terusan bekas kawasan pembalakan. - Foto JBPM Pahang

Wan Samsul Effendi berkata, kawasan yang terbakar melibatkan hutan bekas kawasan pembalakan dan puncanya masih dalam siasatan.

"Ada kemungkinan berlaku pembakaran terbuka di kawasan ladang berhampiran dan apinya merebak ke kawasan hutan terlibat ekoran keadaan cuaca panas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba menggunakan bot untuk ke kawasan kebakaran yang dikelilingi terusan bekas kawasan pembalakan. - Foto JBPM Pahang
Anggota bomba menggunakan bot untuk ke kawasan kebakaran yang dikelilingi terusan bekas kawasan pembalakan. - Foto JBPM Pahang