X

Kindly register in order to view this article
!

ADUN Sebatik dakwa sumpah setia pada Warisan tidak sah

Kenyataan Hassan di Facebook pada Isnin berhubung video beliau berikrar dan menandatangani surat sebelum menjadi wakil rakyat pada PRN Sabah.
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mendakwa sumpah setia pada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dilafaz sebelum menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah tidak sah.

Dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Isnin mendakwa bahawa sumpah itu adalah kerana terpaksa.

"Hari ni viral video akujanji dan sumpah saya di media sosial.

"Betul saya bersumpah tapi sumpah ini tidak sah kerana terpaksa. Sekiranya saya tidak bersumpah saya tidak akan dicalonkan," katanya.

Beliau berkata, sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah kerana rakyat di kawasannya.

"Saya sokong GRS kerana rakyat di kawasan Sebatik," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan surat peletakan jawatan yang ditandatangani Hassan akan diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya untuk dipertimbangkan supaya kerusi DUN itu dikosongkan.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, salinan surat itu akan diserahkan juga kepada Yang di-Pertua Negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia susulan bukti video Hassan berikrar dan menandatangani surat itu sebelum menjadi wakil rakyat pada PRN Sabah.

Hassan sebelum ini mengumumkan keluar daripada Warisan dan menyatakan sokongan kepada GRS selepas mendakwa dukacita dengan kepemimpinan parti yang masih mahu berpolitik ketika rakyat sedang berdepan dengan kesukaran akibat Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Surat peletakan jawatan ADUN Sebatik diserah kepada Speaker Sabah

ADUN Sebatik umum keluar Warisan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!