X

Kindly register in order to view this article
!

Myanmar berdarah, 18 orang didakwa maut

Beberapa penunjuk perasaan demokrasi mengadakan bantahan anti rampasan kuasa selepas tentera Myanmar isytihar darurat beberapa jam selepas menahan Suu Kyi dan pegawai kanan NLD yang lain pada Januari lalu.
A
A

YANGON - Pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan pada Ahad menyebabkan lapan orang terbunuh dalam satu tindakan paling darah dalam mengekang tunjuk perasaan antirampasan kuasa tentera ke atas kerajaan awam.

Junta tentera kini berdepan dengan tekanan supaya membebaskan bekas Penasihat Kerajaan dan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi yang ditahan pada 1 Februari lalu dan menamatkan rampasan kuasa yang dilakukan pada tarikh yang sama.

Menurut AFP, pasukan keselamatan itu melepaskan tembakan di empat buah bandar di Myanmar ketika polis dan tentera cuba untuk menghalang kempen bagi mengingkari arahan junta tentera supaya tidak melakukan tunjuk perasaan antirampasan kuasa.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan menyuraikan tunjuk perasaan itu dan menyatakan ia menerima maklumat berwibawa yang mendakwa 18 orang mungkin terbunuh dalam kejadian tersebut.

"Kami dengan tegas mengutuk peningkatan keganasan ke atas para penunjuk perasaan di Myanmar dan mendesak pihak tentera menghentikan penggunaan kekerasan ke atas para penunjuk perasaan," kata jurucakap Pejabat PBB, Ravina Shamdasani.

Namun, AFP tidak dapat mengesahkan jumlah kematian itu.

Ratusan orang telah ditangkap pada Ahad dan dipindahkan ke Penjara Insein, Yangon yang mana ramai penyokong perjuangan demokrasi Myanmar dijel bagi tempoh lama ketika negara itu diperintah oleh junta tentera.

Sekurang-kurangnya seorang wartawan yang merakamkan serangan pasukan keselamatan pada Ahad lalu ditahan di bandar Myitkyina, utara negara tersebut, menurut media tempatan, The 74 Media.

Seorang lagi wartawan ditembak dengan peluru getah ketika mengawal tunjuk perasaan di bandar Pyay.

Seorang jurucakap junta tentera tidak menjawab panggilan telefon bagi memberikan ulasan tentang kejadian tunjuk perasaan yang berlaku pada Ahad.

Sebelum kejadian tunjuk perasaan pada Ahad, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam kekacauan yang berlaku sejak pihak tentera merampas kuasa manakala tiga lagi maut pada 20 Februari lalu.

Seorang lagi pegawai polis terbunuh ketika cuba menyuraikan tunjuk perasaan, kata pihak tentera. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!