Lebih 48 jam padam kebakaran tapak pelupusan sampah

Jengkaut digunakan untuk mengasingkan sampah yang terbakar.
Jengkaut digunakan untuk mengasingkan sampah yang terbakar.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengambil masa lebih 48 jam untuk memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah depo pembersihan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Ampang Jajar di Jalan Permatang Pauh di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi PGO JBPM Pulau Pinang berkata, kebakaran yang melibatkan kawasan lebih 900 meter persegi tapak pelupusan sampah dipadam sepenuhnya kira-kira jam 4.30 petang Ahad.

Menurutnya, bomba menerima laporan kebakaran itu jam 2.05 petang pada Jumaat lalu sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian.

Anggota bomba ketika melakukan operasi memadamkan kebakaran.
Anggota bomba ketika melakukan operasi memadamkan kebakaran.

"Sebaik bomba tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah.

"Kami menghadapi kesukaran untuk memadam kebakaran kerana tiada punca air, bomba menggunakan sumber air dari water tanker untuk memadam api," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, pihaknya turut menggunakan kaedah pemadaman sumber air dari tangki jentera, water tanker serta air terbuka iaitu dari sungai berhampiran dengan membuat semburan terus kepada bahan-bahan yang terbakar.

Katanya, pemadaman mengambil masa lebih 48 jam berikutan kebakaran berlaku di bahagian bawah dan pihaknya perlu menggunakan bantuan dua buah jengkaut dari MBSP bagi membuat pengasingan sampah yang telah terbakar.

Artikel Berkaitan: