Pejuang umum sembilan pemimpin negeri

Kenyataan Parti Pejuang
Kenyataan Parti Pejuang
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan sembilan pemimpin negeri manakala tiga lagi akan diberitahu kemudian.

Menurut Pejabat setiausaha Pejuang, pemilihan tersebut telah dibuat semasa mesyuarat Biro Politik Pejuang bersama persetujuan Ahli Mesyuarat Eksekutif Pusat Pejuang pada 25 Februari lepas.

Katanya, pemimpin negeri yang dipilih antaranya Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Harumaini Omar (Selangor), Datuk Azimi Daim (Kedah); Mior Nor Haidir Suhaimi (Perak) dan Datuk Sazmi Miah (Kelantan).

Turut sama, Negeri Sembilan, Mohammad Jani ismail; Ahmad ShahReazal Abd Rashid (Pulau Pinang), Datuk Seri Ruslin Hasan (Melaka) dan Dr Hazmah Jaafar (Pahang).

“Nama bagi negeri Perlis, Wilayah Persekutuan dan Terengganu akan diumumkan kemudian.

“Tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan integriti dan amanah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: