X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Wanita rugi RM210,000 diperdaya teman lelaki

Seorang wanita kerugian RM210,000 selepas terpedaya dengan teman lelakinya yang menawarkan peluang pelaburan tidak wujud. - Foto 123RF (Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yisof)
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja wanita sebuah syarikat insurans mengalami kerugian RM210,000 selepas terpedaya dengan peluang pelaburan tidak wujud yang ditawarkan teman lelakinya.

Mangsa berusia 44 tahun itu menyerahkan wang kepada suspek namun lelaki tersebut gagal menunjukkan sebarang bukti pelaburan yang telah dibuat dan syak dia telah ditipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berkenalan dengan suspek sejak April tahun lalu

Menurutnya, dalam tempoh perkenalan itu, mereka hanya bertemu empat kali dan dalam salah satu pertemuan itu, suspek mengajak mangsa untuk menyertai pelaburan Forex.

"Mangsa dijanjikan peluang keuntungan yang cepat dan berganda. Akibat terlalu mempercayai teman lelakinya itu, mangsa telah menyerahkan wang dan membenarkan tiga akaun banknya digunakan lelaki terbabit bagi tujuan tersebut," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Wazir berkata, selepas mangsa meminta bukti dan keuntungan pelaburan yang dibuat, suspek gagal berbuat demikian.

"Suspek sebaliknya meminta wang tambahan 30,000 daripada mangsa.

"Bagaimanapun mangsa tidak membuat bayaran seperti diminta sebaliknya tampil membuat laporan polis di Bentong pada Sabtu kerana syak telah ditipu lelaki itu,"katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!