Maqis rampas dua kontena kayu dari Denmark

Kayu yang diimport dari Denmark dirampas Maqis dalam pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena NBCT pada Jumaat.
Kayu yang diimport dari Denmark dirampas Maqis dalam pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena NBCT pada Jumaat.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas sebanyak 5,411 unit kayu spesies 'white oak kd rough sawn' dari Denmark yang didapati cuba dibawa masuk melalui Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, kesemua kayu dianggarkan bernilai RM251,845.23 dirampas semasa anggotanya menjalankan pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena NBCT kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, dua buah kontena membawa muatan spesies kayu itu tidak mematuhi syarat permit import yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Maqis.

"Keseluruhan barangan dagangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan menurut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Zarina berkata, jika disabit kesalahan pemilik dagangan berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu Zarina berkata, pihaknya sentiasa bersedia melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

Artikel Berkaitan: