X

Kindly register in order to view this article
!

Sajat tidak kebal undang-undang

Ahmad Marzuk menyempurnakan gimik pembinaan semula rumah tiga beradik termasuk seorang OKU yang terlibat dalam kebakaran di Pengkalan Chepa pada Sabtu.
A
A

KOTA BHARU - Usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tidak kebal undang-undang.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada Sabtu berhubung isu ketidakhadiran Sajat ke mahkamah dan waran tangkap terhadapnya.

Ahmad Marzuk berkata, sesiapa sahaja tidak terkecuali termasuk Sajat perlu mengikut undang-undang kerana negara ditegakkan dengan prinsip 'rule of law'.

"Tidak ada yang kebal undang-undang sebenarnya, cuma proses mahkamah itu perlu berhemah dan teliti kerana terdapat prosedur dan garis panduan tertentu perlu diikuti.

"Tidak bermakna individu yang enggan hadir ke mahkamah itu kebal undang-undang, cuma proses itu sedang berjalan," katanya kepada pemberita pada Sabtu di Pengkalan Nangka.

Beliau ditemui selepas merasmikan Penyerahan Sumbangan Bantuan Musaadah Bencana kepada mangsa kebakaran rumah, Mohd Yazid Mohd Nor, 30, yang buta kedua-dua belah mata di Pengkalan Chepa.

Pada program itu, tiga beradik yang terlibat dalam kebakaran rumah menerima bantuan RM50,000 untuk pembinaan semula rumah baharu dan dijangka siap Ramadan ini.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat susulan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Sajat

Bagaimanapun usahawan dan selebriti kontroversi itu mendakwa dia mempunyai alasan kukuh tidak menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya di mahkamah pada 23 Februari lalu.

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada undang-undang.

"Jadi persoalan ketidakhadiran ke mahkamah barangkali ada alasan yang boleh diterima mahkamah.

"Sekiranya mahkamah meneliti perlukan kepada tindakan lain, itu terpulang kepada mahkamah," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!