Sila log masuk terlebih dahulu.

Padah beroperasi tanpa lesen, gajikan pekerja asing

Kerusi meja yang disita DBKL dalam operasi yang dijalankan pada Khamis. Foto: FB DBKL
Kerusi meja yang disita DBKL dalam operasi yang dijalankan pada Khamis. Foto: FB DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga gerai penjaja yang beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, di sini dikenakan tindakan penguatkuasaan atas pelbagai kesalahan termasuk menggajikan pekerja asing.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, maklumat diterima menerusi aduan iSPAAA sebelum pemeriksaan dan siasatan dilakukan anggota penguat kuasa dari Jabatan Penguatkuasaan (JPK) pada Khamis.

Menurutnya, sebanyak enam notis dikeluarkan termasuk gerai beroperasi tanpa lesen dan mendirikan struktur tanpa kebenaran di lokasi berkenaan.

"Tiga notis melibatkan kesalahan UUK 14(1)(b), kerana menggajikan dan mengambil warga asing sebagai pembantu gerai, manakala dua notis atas kesalahan UUK 3(1) iaitu gerai tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Gerai yang dikesan menggajikan pekerja asing.
Gerai yang dikesan menggajikan pekerja asing.

"Satu notis turut dikeluarkan di bawah Seksyen 46 (1)(a) kerana mendirikan struktur khemah tanpa kebenaran di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta menutup serta-merta terhadap kabin gerai di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976," menurut kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut kenyataan sama, DBKL turut mengambil tindakan memindahkan halangan ke atas tiga gerai, enam meja dan 43 bangku di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

Katanya, mana-mana penjaja yang telah melanggar syarat lesen akan disyorkan kepada Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) untuk pembatalan lesen.

Artikel Berkaitan:

Warga kota boleh menyalurkan aduan kepada pihak DBKL secara dalam talian menerusi iSPAAA di http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do untuk tindakan lanjut.