'Jangan lupa siram'

Tanaman hiasan mahal itu perlu dijaga rapi.
Tanaman hiasan mahal itu perlu dijaga rapi.
A
A
A

TOKYO - JEPUN . Pemilik koleksi bonsai, Fuyumi Iimura memberi pesanan kepada pencuri yang memecah masuk kebunnya di luar Tokyo dan mencuri tujuh tanaman hiasan mahal tersebut yang bernilai AS$118,000 (RM481,000).

Menurutnya, sesiapa yang mencuri bonsai Shimpaku yang berusia 400 tahun itu perlu memastikan ia disiram kerana tanaman itu tidak dapat hidup tanpa air selama seminggu.

Wanita itu mendakwa insiden itu seperti kehilangan seorang anak.

"Tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan kami," katanya yang kesal dengan kejadian tersebut walaupun kebunnya dilengkapi lapan kamera pengawasan.

November lalu, lapan bonsai dilaporkan dicuri di sebuah ladang di Saitama walaupun ia dilengkapi lapan kamera pengawasan. - Washington Post

Artikel Berkaitan: