Bomba bawa turun mayat atas bumbung rumah

Sepasukan anggota BBP Amanjaya menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui atas bumbung sebuah rumah menggunakan tangga di Taman Bunga Raya, Sungai Petani pada Jumaat.
Sepasukan anggota BBP Amanjaya menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui atas bumbung sebuah rumah menggunakan tangga di Taman Bunga Raya, Sungai Petani pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menurunkan mayat seorang warga emas yang ditemui atas bumbung di sebuah rumah di Lorong Bunga Raya, Taman Bunga Raya, di sini, pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas kira-kira jam 9.48 pagi.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Shahrim Ismail tiba di lokasi pada kira-kira jam 10.11 pagi.

"Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan melalui sistem MERS 999 sebelum satu jentera bomba BBP Amanjaya diarahkan ke lokasi.

Anggota BBP Amanjaya mengangkat mayat lelaki yang ditemui di atas bumbung sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sungai Petani pada Jumaat.
Anggota BBP Amanjaya mengangkat mayat lelaki yang ditemui di atas bumbung sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sungai Petani pada Jumaat.

"Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 60 tahun itu berada di atas bumbung sebuah rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamadul Ehsan berkata, komander operasi kemudiannya mengarahkan anggota untuk membawa mayat mangsa turun dengan tangga.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat warga emas tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: