X

Kindly register in order to view this article
!

Lebihan dagangan melonjak 38 peratus kepada RM16.6 bilion

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021. - Gambar hiasan 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah perdagangan meningkat 4.1 peratus tahun ke tahun kepada RM162.65 bilion.

Beliau berkata, jumlah eksport Malaysia mengekalkan pertumbuhan positif bagi lima bulan berturut-turut, mencatatkan peningkatan 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM89.63 bilion pada Januari 2021 sementara import terus berkembang 1.3 peratus kepada RM73 bilion.

"Ini merupakan nilai eksport tertinggi yang pernah dicatatkan bagi bulan Januari setakat ini, didorong oleh kedua-dua eksport dan eksport semula.

"Eksport domestik meningkat sebanyak 6.3 peratus kepada RM72.1 bilion dan ia menyumbang 80.5 peratus kepada jumlah eksport," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Eksport semula pula mengembang 7.5 peratus tahun ke tahun kepada RM17.5 bilion pada Januari 2021 manakala import naik 1.3 peratus tahun ke tahun kepada RM73 bilion.

Mohd Uzir berkata, pengembangan eksport Malaysia disokong terutamanya oleh eksport yang tinggi ke China (+RM2.7 bilion), Amerika Syarikat (+RM1.6 bilion), Vietnam (+RM1.2 bilion), Kesatuan Eropah (+RM821.3 juta) dan Singapura (+RM621.0 juta).

Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport ialah produk elektrik dan elektronik (+RM4.2 bilion); produk getah (+RM4.1 bilion); barangan perkilangan logam (+RM614.4 juta), dan kimia dan bahan kimia (+RM448.9 juta).

Sementara itu, peningkatan dalam import terutamanya dari Taiwan (+RM1.0 bilion), China (+RM793.9 juta), Hong Kong (+RM686.1 juta) dan Indonesia (+RM662.1 juta).

Peningkatan dalam eksport ialah untuk produk elektrik dan elektronik (+RM3.4 bilion) dan produk getah (+RM623.9 juta). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!