26 penagih dadah ditahan dalam Ops Sarang

Polis menyerbu port dadah di tiga lokasi di daerah SPU dalam Ops Sarang pada Rabu.
Polis menyerbu port dadah di tiga lokasi di daerah SPU dalam Ops Sarang pada Rabu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seramai 26 penagih dadah ditahan selepas polis menyerbu tiga lokasi aktiviti mereka iaitu Permatang Tok Jaya, Pekan Darat dan Seri Pinang di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun itu ditahan dalam Ops Sarang yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 8 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik SPU bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) SPU yang mensasarkan beberapa lokasi di daerah tersebut.

26 penagih dadah ditahan dalam serbuan tersebut.
26 penagih dadah ditahan dalam serbuan tersebut.

"Lokasi serbuan didapati dijadikan port menghisap dan menjual dadah secara terang-terangan. Serbuan telah melumpuhkan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan tersebut.

"Kita juga merampas 19.9 gram heroin dan 0.8 gram syabu yang bernilai RM1,075," katanya pada Khamis.

Tambahnya, 10 daripada tangkapan itu diserahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Noorzainy berkata, 16 tangkapan lagi direman serta disiasat mengikut Seksyen 39A, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: