Jual nama Menteri Hal Ehwal Agama amal habbatus sauda
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai amalan habbatus sauda mampu meningkatkan sistem imunisasi sekali gus didakwa menolak suntikan vaksin Covid-19 seperti tular di media sosial.
Katanya, berita berkenaan bukan daripada pihaknya dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
"Saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti ini. Saya tidak pasti siapa yang menulisnya dan kemudian meletakkan laporan akhbar berkenaan saya," katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa.
Kenyataan tersebut mendakwa beliau sembuh dari penyakit Covid-19 secara sendiri tanpa penggunaan vaksin kerana mengamalkan habbatus sauda untuk menguatkan sistem imun badan.
Paparan kenyataan itu turut menggunakan artikel berita beliau telah sembuh daripada wabak Covid-19 dan didakwa menggunakan nama beliau oleh pihak tertentu dipercayai untuk tujuan iklan serta promosi.
Saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti ini. Saya tidak pasti siapa yang menulisnya dan kemudian meletakkan laporan akhbar berkenaan saya. https://t.co/ciGt529gsa
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 23, 2021
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
Trafik sesak di Lebuhraya PLUS Port Dickson menghala Seremban akibat pokok tumbang
Kerajaan beri tumpuan penuh baiki tata kelola - PM Anwar
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif dari UMPSA
Akmal Saleh berang tindakan cantum logo UMNO, DAP
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan