X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Lagi 804 rumah terima kunci pada suku kedua 2021

Zuraidah (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada pembeli dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Seri Molek Persana Fasa 1 di Double Three Hilton Hotel, Johor Bahru pada Jumaat.
A
A

JOHOR BAHRU - Sejumlah 804 unit rumah di Taman Seri Molek Perdana, Plentong di sini dijangka menerima kunci pada suku kedua tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Hasleen Isnin memberitahu, ini melibatkan blok A, B, C, D dan E.

“Kumpulan pertama yang sudah menerima kunci adalah pembeli-pembeli dari Blok F melibatkan 168 unit merangkumi 160 unit kediaman.

“Ini melibatkan lapan unit kedai daripada 972 unit selepas memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Seri Molek Perdana Fasa 1 yang melibatkan blok F itu dilakukan di Double Three Hilton Hotel di sini pada Jumaat yang disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Hadir sama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil serta Pengarah Bomba Johor, Datuk Yahaya Madis.

Hasleen berkata, projek perumahan itu sebelum ini mempunyai masalah dengan kontraktor, namun pembeli menunggu dengan sabar sejak 2013.

Katanya, masalah tersebut diselesaikan dengan melantik kontraktor baharu pada penghujung 2019 selepas kegagalan kontraktor terdahulu.

“Ucapan setinggi penghargaan juga diucapkan kepada kerajaan negeri kerana turut sama membantu dalam menyiapkan projek ini.

“Kejayaan ini juga menjadi kenyataan dengan komitmen tinggi semua peringkat pengurusan baharu SPNB sehingga berjaya menyelesaikannya dengan menangani pelbagai masalah kontraktor terdahulu dan juga perunding projek sebelum ini,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!