Vaksin Pfizer-BioNtech ada kualiti, profil keselamatan, nilai efikasi

Dr Noor Hisham (kiri) dan Dr Adham semasa di KLIA bagi menyambut ketibaan vaksin Covid-19 pada Ahad.
Dr Noor Hisham (kiri) dan Dr Adham semasa di KLIA bagi menyambut ketibaan vaksin Covid-19 pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Vaksin Pfizer-BioNtech mempunyai kualiti, profil keselamatan dan nilai efikasi yang selamat untuk digunakan setelah diteliti oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kriteria lain yang membolehkan kelulusan bersyarat ialah, vaksin telah berdaftar atau diberi kebenaran penggunaan kecemasan oleh badan regulatori negara pengeluar atau badan regulatori rujukan oleh PBKD atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pendaftaran bersyarat ini diberikan bertujuan memberikan akses segera kepada vaksin Covid-19 semasa tempoh pandemik ini menggunakan ‘risk-based approach’, tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

“Vaksin ini juga mestilah melalui proses penilaian yang sewajarnya dan akan sentiasa dipantau dengan rapat setelah ia digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Pada 8 Januari lalu, vaksin Pfizer-BioNTech telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada PBKD dan NPRA dengan nama Comirnaty Concentrate For Dispersion For Injection.

Menurutnya, KKM komited dalam memantau dan meneliti semua ubat-ubatan termasuk vaksin yang diperoleh bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin.

Pada Ahad, beliau bersama Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menyambut ketibaan vaksin Covid-19 yang pertama di Malaysia.

Artikel Berkaitan: