9 jam padam kebakaran

Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan anggota bomba.
Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan anggota bomba.
A
A
A

PONTIAN - Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk mengawal dan memadamkan kebakaran di tempat penyimpanan bahan farmaseutikal di Jalan Benut- Pontian berdekatan sebuah stesen minyak di Pekan Benut malam tadi.

Dalam kejadian kira- kira jam 7.38 malam ini, 50 peratus kawasan itu musnah dijilat api.

Kandungan bahan farmaseutikal yang diperbuat daripada getah dan minyak menyebabkan api marak sehingga kepulan asap hitam dapat dilihat dari jauh.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan anggota bomba.
Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Mohd Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.38 malam sebelum mereka bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, 44 anggota dari BBP Pontian, Pontian Baru, Rengit Batu Pahat dan Pasukan Bomba Sukarela bersama lima jentera dan sebuah unit EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan operasi pemadaman terus dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Kami cuba mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitar memandangkan jarak stor dengan kawasan sekitar cuma 6 meter sahaja,"katanya.

Keadaan angin yang bertiup kencang menyukarkan operasi pemadaman dilakukan.

Bagaimanapun operasi dapat ditamatkan sepunuhnya kira- kira jam 4.34 pagi tadi.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.