X

Kindly register in order to view this article
!

Pas NS terus sokong Abdul Hadi

Rafaie
A
A

SEREMBAN - Dakwaan kononnya ada pihak yang mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah tindakan untuk memecah belahkan parti.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafaie Mustapha berkata, tindakan tersebut hanyalah mainan musuh yang mahu mengganggu kesepaduan ahli Pas.

"Bagi saya itu cuma mainan musuh-musuh yang sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan kesepaduan dalam Pas.

"Pimpinan Pas Negeri Sembilan sentiasa menyokong dan mendokong kepimpinan Tuan Guru Presiden Pas sampai bila-bila," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambahnya, Pas Negeri Sembilan sentiasa berdiri teguh bersama perjuangan yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden dan pihak lain jangan sesekali mengkhianatinya.

Pada Khamis lalu, tular di media sosial berkenaan dakwaan terdapat segelintir pihak yang dikatakan mahu menggulingkan Tuan Guru Presiden Pas dengan pakatan baharu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!