Serahan borang cukai pendapatan 2020 bemula 1 Mac

LHDN
LHDN
A
A
A

SHAH ALAM- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan dan Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP boleh dibuat mulai 1 Mac depan.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my pergi ke bagahian MyTax seterusnya Perkhidmatan ezHasil dan klik e-Filing.

Katanya, pembayar cukai yang kali pertama log masuk ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor pin terlebih dahulu dengan hadir ke kaunter cawangan LHDNM atau secara dalam talian melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDNM.

“Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM.

“Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, mereka boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (dalam negara) dan 603-8911 1100 (luar negara) atau kunjungi kaunter perkhidmatan LHDNM yang berhampiran,” katanya pada Jumaat.

Menurut LHDNM, hampir 530,000 Borang E Tahun Saraan 2020 dijangka diterima daripada para majikan berdaftar.

Tambah LHDNM, bagi Borang BE, B, BT, M dan MT pula, dijangkakan sekitar 3.27 juta borang diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 dalam tahun 2020.

“Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau boleh klik pada pautan http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf.

Artikel Berkaitan:

“Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan borang nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka,” ujarnya.

LHDNM berkata, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan melalui dalam talian, HASiL Live Chat; dan borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.