CEO rangkaian restoran Cina diberkas SPRM

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman pada Khamis.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ketua pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah syarikat rangkaian restoran Cina terkenal di Malaysia selepas dipercayai menerima rasuah daripada kontraktor yang melaksanakan projek pengubahsuaian restoran terbabit.

Kedua-dua mereka berusia 60 tahun dan 37 tahun ditahan lewat petang semalam di sekitar Kuala Lumpur.

CEO tersebut merupakan rakyat Hong Kong dan mempunyai taraf pemastautin tetap Singapura.

Menurut sumber, dalam proses melantik kontraktor bagi projek mengubahsuai enam buah restoran di beberapa negeri, CEO tersebut dikatakan telah mengarahkan setiap kontraktor memberikan komisen sebanyak 15 peratus daripada harga kontrak.

"Semua pembayaran itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun syarikat lain milik seorang pengarah syarikat yang turut ditahan SPRM," katanya.

Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula Khamis sehingga Isnin depan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dilakukan di bawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Artikel Berkaitan: