X

Kindly register in order to view this article
!

Tebing sungai runtuh: Kelantan ambil kira cadangan JPS, JKR

Ahmad (kanan) Azami turun padang meninjau kesan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas pada Rabu.
A
A

PASIR MAS - Kerajaan negeri Kelantan akan mengambil kira cadangan dan saranan yang dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah runtuhan tebing Sungai Kelantan yang berlaku di Kampung Pohon Chelagi di sini pada Rabu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya mahu masalah tersebut diselesaikan dengan segera sebelum berdepan musim tengkujuh pada November depan.

"Kerajaan negeri akan meneliti secara terperinci mengenai punca sebenar bagaimana kejadian ini berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa turun padang meninjau kesan runtuhan tebing itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir, Datuk Hanifa Ahmad.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk membuat penilaian mengenai kesan insiden berkenaan.

Beliau berkata, sebagai langkah awal kerajaan negeri telah bertindak memindahkan penduduk terlibat ke Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan segera bagi meringankan beban mangsa terlibat.

"Proses pengumpulan maklumat dan data sedang giat dilakukan bagi memastikan semua yang terlibat akan mendapat bantuan sewajarnya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!