'Jangan terima jika ditawar vaksin Covid-19'

KKM menerusi info grafik di muat naik di Facebooknya meminta orang ramai berhati-hati jika menemui atau ditawarkan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain daripada kementerian tersebut.
KKM menerusi info grafik di muat naik di Facebooknya meminta orang ramai berhati-hati jika menemui atau ditawarkan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain daripada kementerian tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai berhati-hati jika ditawarkan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain daripada kementerian tersebut.

KKM menerusi kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, sehingga kini masih belum ada vaksin Covid-19 yang dibenarkan dijual secara sah di pasaran negara ini.

“Berhati-hatilah jika anda menemui atau ditawarkan bekalan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain KKM kerana vaksin tersebut mungkin palsu, tiruan atau datang daripada sumber yang tidak sah.

“Jangan dedahkan diri dan keluarga anda dengan risiko pengambilan vaksin yang tidak diketahui status kesahihan dan keselamatannya,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

KKM dalam pada itu memaklumkan semakan nombor pendaftaran ubat atau nombor notifikasi kosmetik boleh dibuat dengan melayari laman sesawang https://npra.gov.my.

Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Product Status yang boleh didapati secara percuma di Google Play, Apple AppStore atau Huawei AppGallery.

Artikel Berkaitan: