X

Kindly register in order to view this article
!

Palestin gesa WHO tekan Israel benarkan vaksin dihantar ke Gaza

Tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin Covid-19 ke Gaza melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
A
A

RAMALLAH - Palestin pada Selasa menggesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan dengan memberi tekanan kepada Israel supaya membenarkan penghantaran vaksin Covid-19 ke Semenanjung Gaza yang dikepung, lapor Agensi Berita Xinhua.

Jurucakap kerajaan Palestin, Ibrahim Milhem dalam taklimat media di kota Ramallah di Tebing Barat berkata, tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin Covid-19 ke Gaza "melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan."

Beliau menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) "mengutuk tindakan Israel dan segera menekan Israel untuk membenarkan penghantaran vaksin ke Semenanjung Gaza."

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menyekat penghantaran kumpulan pertama sebanyak 2,000 dos vaksin Sputnik Rusia ke Semenanjung Gaza.

"Dos itu akan diberi kepada kakitangan perubatan di unit rawatan intensif pesakit Covid-19 dan petugas di jabatan kesihatan kecemasan," kata al-Kaila. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Palestin dakwa Israel halang penghantaran vaksin Covid-19 ke Gaza


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!