'Jangan bila jadi kerajaan, kita lupa diri'
Loh Sze Yee ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, hari ini.
A
A
A
IPOH - Laporan audit pengurusan dan kewangan membabitkan jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dibentang dalam Dewan Negeri.
Mencadangkan perkara itu, Loh Sze Yee (DAP-Jalong) berkata, ia satu langkah memastikan segala perbelanjaan kerajaan diurus secara berhemah dan telus.
Menurutnya, tanpa audit dan pemantauan, ada pihak mengambil kesempatan menggunakan kedudukan untuk melakukan pelbagai bentuk penyelewengan dengan sewenang-wenangnya.
"Kita minta kerajaan agar secara konsisten menjalankan audit setiap tahun terhadap badan-badan ini dan laporannya dibentangkan dalam Dewan Negeri.
"Saya merasakan kita semua perlu tahu ke mana duit dibelanjakan dan adakah orang yang diamanahkan menjalankan tanggungjawab telah membelanjakan duit mengikut tatacara dan aturan ditetapkan," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri 2019, hari ini.
Beliau berkata, adalah penting bagi mengelak terjadinya penyelewengan yang bukan sahaja merugikan wang rakyat, tetapi mencalar imej kerajaan negeri.
Katanya, isu seperti siasatan kes penyelewengan membabitkan Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka), tidak wajar berulang.
"Ini adalah harapan rakyat yang disandarkan pada kerajaan, mereka mahu kerajaan yang bertanggungjawab, bersih, cekap dan amanah," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan barisan pentadbiran kerajaan tidak berdalih dengan pelbagai alasan atau memberi sendiri suatu jalan keluar dalam menunaikan janji dalam manifesto.
"Jangan pula bila kita jadi kerajaan kita mula lupa diri, lupa zaman kita di jalan raya, zaman tiada apa apa.
"Janji tetap janji, jika kita tidak mengotakan janji, tidak bergelar manusia jauh lagi YB (Yang Berhormat)," katanya.
Beliau turut meminta semua pihak tidak sesekali membangkitkan isu perkauman yang boleh mencetuskan api permusuhan.
"Perkara sebegini perlu dibendung dengan segera kerana jika ia tidak dikawal, ia boleh menjadi satu masalah besar," katanya.
Gopeng pusat tarikan semula jadi
27 April 2024 08:20am
Perak, Korea Selatan bakal bekerjasama hasilkan produk hiliran REE
26 April 2024 10:40pm
'Kami sudah biasa lihat helikopter lintas atas kepala'- Penduduk Manjung
24 April 2024 01:24pm
Tengkorak, tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong
23 April 2024 05:09pm
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
26 April 2024 01:49pm
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
26 April 2024 01:08pm
Berpantang maut sebelum ajal
26 April 2024 11:28am
Peniaga dibunuh kejam kerana dendam
26 April 2024 04:27pm