Pokok mirip orang bersolat

Sebatang pokok ditemui menyerupai orang sedang bersolat berhampiran Masjid Kampung Jerangsang,Benta dekat Kuala Lipis. - Foto Ihsan Azman Wahab
Sebatang pokok ditemui menyerupai orang sedang bersolat berhampiran Masjid Kampung Jerangsang,Benta dekat Kuala Lipis. - Foto Ihsan Azman Wahab
A
A
A

LIPIS - Sebatang pokok ditemui menyerupai orang sedang bersolat berhampiran Masjid Kampung Jerangsang,Benta dekat Kuala Lipis.

Seorang penduduk kampung, Azman Wahab, 54, berkata, kedudukan pokok itu mula disedari sejak beberapa minggu lalu sebelum gambar pokok itu dirakam anak saudaranya dan tular di laman sosial Facebook.

Menurutnya, batang pokok langsat itu susah mati dan imej kelihatan seperti orang sedang bersolat terhasil selepas terdapat lingkaran tumbuhan menjalar.

"Pokok ini juga mengadap kiblat berhampiran dengan kawasan masjid di atas tanah milik persendirian.

"Sebelum ini, memang tidak nampak dan hanya beberapa minggu ini baru diketahui," katanya pada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau yang juga seorang pesara guru memuat naik gambar tersebut di laman Facebook miliknya untuk menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT terhadap ciptaan-Nya.

"Memang rasa kagum dan perkongsian tersebut mendapat reaksi positif rakan-rakan Facebook dan mereka yang melihat gambar tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: