X

Kindly register in order to view this article
!

Kantoi buat parti CNY dalam kebun, 16 individu kena kompaun

Seramai 16 individu yang ditahan dan dikenakan kompaun RM1,000 seorang selepas melanggar SOP PKP 2.0, Ahad.
A
A

LIPIS - [DIKEMAS KINI] Tindakan 16 individu termasuk dua wanita yang mengadakan parti sempena Tahun Baharu Cina di sebuah kebun di Kuala Kechau di sini pada Ahad dihidu pihak berkuasa.

Kesemua mereka yang berusia di antara 17 hingga 67 tahun yang ditahan dalam sebuah pondok dikenakan kompaun RM1,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasukan pemantau membuat rondaan sempena Ops Limau dan mendapat maklumat ada individu berkumpul dan mereka ditahan kira-kira jam 6.45 petang.

Menurutnya, ketika itu juga kesemua mereka sedang menjamu selera.

"Mereka dengan sengaja telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Kesemua individu ini juga berkumpul di satu tempat dan melanggar SOP dengan tiada penjarakan fizikal," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Ujarnya, mereka juga diarahkan supaya mengikuti SOP yang ditetapkan dalam tempoh PKP2.0.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!