X

Kindly register in order to view this article
!

'Dewa Kekayaan' lawat penghutang

'Dewa Kekayaan' turut membawa angpau mengandungi nota kutipan hutang mereka. - Foto: Agensi
A
A

SINGAPURA - Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini, sebuah syarikat pengutip hutang berpusat di Singapura menggunakan cara agak kreatif untuk 'melawat' penghutang mereka walaupun 'simbahan cat merah' biasanya digunakan sebagai tanda amaran oleh golongan tersebut.

Menurut Fast Debt Recovery (FDR) Specialist Pte Ltd, mereka biasanya menghantar buah limau kepada kesemua penghutang, namun tahun ini pekerja mereka mengenakan kostum Dewa Kekayaan untuk mengetuk pintu dan memberikan notis memandangkan ramai yang 'tidak bernasib baik' akibat pandemik Covid-19.

"Memandangkan ada segelintir penghutang yang 'tidak faham bahasa'. Kami menjemput 'Dewa Kekayaan' untuk menyampaikan mesej Gong Xi Fa Cai," ujar syarikat itu dalam satu kenyataan sambil menambah penghutang dan keluarga mereka turut diberikan angpau yang mengandungi nota kutipan hutang mereka.

Menurutnya lagi, 'Dewa Kekayaan' itu turut menjadi tumpuan ramai malah ada yang meminta nombor loteri daripadanya.

Ketika sambutan Hari Natal pada tahun lalu, pekerja syarikat tersebut juga memakai kostum 'Santa Claus' untuk mengutip hutang. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!