10 ditahan berkumpul minum arak, main judi

Kesemua 10 lelaki didapati sedang leka berjudi dan menikmati minuman keras dikompaun akibat ingkar PKP. - Foto PDRM
Kesemua 10 lelaki didapati sedang leka berjudi dan menikmati minuman keras dikompaun akibat ingkar PKP. - Foto PDRM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai 10 lelaki yang leka berjudi dan menikmati minuman keras ditahan di sebuah bangsal di sini, pada jam 6.30 petang Jumaat.

Kesemua lelaki berusia dari 34 hingga 65 tahun dari Sungai Petani dan Kuala Ketil itu ditahan kerana berkumpul akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menyerbu bangsal yang terletak di belakang sebuah sekolah itu dan mendapati lima daripadanya sedang mengelilingi sebuah meja disyaki bermain judi pakau.

Menurutnya, lima lagi lelaki disyaki duduk di meja berhampiran sambil menikmati minuman keras.

"Antara yang dirampas termasuk 52 keping daun terup dan wang tunai berjumlah RM623. Semakan rekod lampau mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

"Kesemua mereka mengaku ingkar PKP dan dikenakan kompaun," katanya.

Siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 10(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021.

Artikel Berkaitan: