X

Kindly register in order to view this article
!

Siti Sarah, Shuib mohon maaf langgar SOP

Siti Sarah memohon maaf berhubung kesilapannya dan suami melanggar SOP ketika makan di sebuah restoran di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat. - Foto Instagram Siti Sarah
A
A

SHAH ALAM - Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin memohon maaf berhubung kesilapannya dan suaminya, Shuib Sepahtu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah restoran di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat.

Menurutnya, perkara berkenaan menjadi pengajaran untuk mereka dan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Singgahlah kami makan di restoran tepi jalan lepas dah uruskan banyak hal. Kami makan di Kuala Lipis. Sekali lagi kami diduga.

“Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP,” katanya menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook miliknya memaparkan Shuib dan Siti Sarah bersama beberapa individu lain menjamu selera melebihi dua orang semeja. - Foto ihsan polis
Gambar yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook miliknya memaparkan Shuib dan Siti Sarah bersama beberapa individu lain menjamu selera melebihi dua orang semeja. - Foto ihsan polis

Siti Sarah berkata, kedatangan mereka ke Kelantan telah mendapat kebenaran rentas negeri bagi menguruskan pelancaran pembukaan dua cawangan baru Bubble Bee di Kubang Kerian dan Kota Bharu.

Jelasnya, banyak dugaan yang dihadapi sepanjang perjalanan ke Kelantan yang mengambil masa selama 12 jam.

“Mulanya, staf @bubblebeemalaysia_hq terlibat dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.

“Berderau darah Sarah bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sangat kerana hanya kereta yang rosak, mereka tidak alami kecederaan serius.

“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?” ujarnya.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad dan Siti Sarah masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 seorang selepas didapati melanggar SOP dalam tempoh PKP di sebuah premis restoran pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib, Siti Sarah kena kompaun langgar SOP PKP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!