Disambar buaya ketika cari rumput

Penduduk kampung membantu anggota BASARNAS mengangkat jenazah Nazir yang maut dibaham buaya.- Agensi
Penduduk kampung membantu anggota BASARNAS mengangkat jenazah Nazir yang maut dibaham buaya.- Agensi
A
A
A

PADANG - Rutin harian seorang lelaki di Sumatera Barat, Indonesia mencari rumput berhampiran sungai untuk haiwan ternakannya berakhir tragedi selepas dia maut disambar seekor buaya.

Serangan ganas reptilia itu dilaporkan berlaku di pinggir Sungai Batang Masang pada Khamis.

Jenazah mangsa yang dikenali sebagai Nasir, 50, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan kembung oleh penduduk kampung sehari selepas kehilangannya.

Penyelaras Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) daerah Pasaman, Zulfahmi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan, jenazah mangsa ditemui lebih satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Kematian mangsa tiada unsur jenayah dan kesan gigitan buaya pada tubuh mengesahkan dia meninggal dunia akibat disambar haiwan itu," ujar Zulfahmi. - Agensi

Artikel Berkaitan: