Panggung Bandaraya nyaris terbakar

Kebakaran kecil di depan Panggung Bandaraya pagi Sabtu.
Kebakaran kecil di depan Panggung Bandaraya pagi Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Panggung Bandaraya di Dataran Merdeka nyaris terbakar dalam kejadian kebakaran kecil di bahagian luar bangunan itu pada pagi Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, kebakaran melibatkan sebuah meja yang diletakkan di koridor bangunan untuk kegunaan pasukan pengawal keselamatan.

Komander Operasi PBK II, Mohd Azam Alip berkata, api tersebut telah merebak ke bahagian tingkap bangunan yang terbakar 100 peratus.

Kebakaran dari meja di koridor bangunan digunakan oleh pengawal keselamatan.
Kebakaran dari meja di koridor bangunan digunakan oleh pengawal keselamatan.

"Kebakaran telah dipadamkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pengawal keselamatan dan orang awam sebelum pihak bomba tiba.

"Anggota bomba menjalankan kerja-kerja overhaul untuk memastikan tiada lagi api merebak, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran dipadam sepenuhnya pada jam 9.48 pagi dan tiada mangsa yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran masih dalam siasatan, " katanya.