Flerr fokus pasaran tempatan, Disa Synergy mahu kukuhkan jenama ini dalam kalangan pengguna lokal

Suhaimi bersama dua rangkaian produk Flerr.
A
A

SYARIKAT Bumiputera dan mengeluarkan pewangi kenderaan berjenama Flerr, Disa Synergy Sdn Bhd (Disa Synergy) akan memfokuskan untuk memasarkan rangkaian produknya dalam pasaran tempatan dan mengukuhkan jenamanya dalam kalangan pengguna tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Saiful berkata, Flerr yang diinovasikan dengan botol berpenutup kayu dan Le’Clipse mendapat sambutan yang menggalakkan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam Asia Tenggara.

Menurutnya, Flerr akan diperluaskan dalam pasaran tempatan pada tahun ini bagi memastikan jenama tempatan tersebut akan menjadi peneraju pewangi kenderaan Malaysia pada masa akan datang.

"Kami berkeyakinan sasaran ini akan dicapai kerana inovasi yang ditampilkan praktikal dan dengan kerjasama bersama syarikat Eropah menghasilkan Le’ Clipse yang direka dengan klip dan pelaras tahap bauan membolehkan Le’Clipse bersaing dengan jenama-jenama pewangi kenderaan antarabangsa. Malahan harga Flerr juga berpatutan.

"Syarikat juga akan menambahkan sekali ganda bilangan stokis dan ejen Flerr di seluruh negara menjelang akhir tahun ini untuk memastikan jenama ini akan dikenali. Setakat ini kami mempunyai 500 stokis dan 3000 ejen aktif di seluruh negara,” katanya ketika hadir di Sinar Live membincangkan mengenai Nak Hilangkan Bau Busuk dan hapak dalam kenderaan di Studio Sinar, baru-baru ini.

Suhaimi berkata, Flerr telah melahirkan usahawan yang berjaya menjana pendapatan lima angka sebulan dengan modal yang rendah iaitu serendah RM80 untuk menjadi ejen dan RM5,000 menjadi stokis Flerr.

"Kami berkeyakinan stokis dan ejen akan membantu meningkatkan jualan kami kerana mereka akan diberikan panduan untuk meningkatkan jualan mereka. Malahan, pelbagai penghargaan akan diberikan berdasarkan pencapaian mereka,” katanya.

Suhaimi berkata, selepas dua tahun berada dalam pasaran, Flerr mendapat sambutan yang menggalakkan, kini Flerr menyediakan lebih 27 wangian Freshmaker dan Le’ Clipse antaranya haruman Lavender, Citrine, Sapphire, Emerald, Aurora dan sebagainya.

"Flerr juga akan mengeluarkan produk baharu yang dikenali ‘The Freshner’ yang akan digunakan secara meluas terutamanya di ruang yang lebih besar untuk memberikan kesegaran penggunanya.

"Kami mahu menghasilkan produk yang memenuhi kehendak pasaran yang mahukan produk selamat, wangi dan berkualiti,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia