589 ditahan ingkar SOP, tiada penjarakan fikizal rekod kes tertinggi

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 589 individu ditahan pada Selasa atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penahanan itu hasil 71,836 pemeriksaan dijalankan oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Seramai 5,234 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,195 anggota telah membuat pemantauan di 6,209 buah restoran, pasar raya (4,196), bank (4,063), penjaja (2,823), kilang (1,741) dan pejabat kerajaan (979).

"Turut dipantau ialah 1,146 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (298) dan terminal pengangkutan udara (102).

"Seramai 589 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 543 dikompaun, 42 individu direman manakala empat lagi dijamin," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, menerusi tindakan penguatkuasaan itu, kesalahan tiada penjarakan fizikal yang paling banyak direkodkan iaitu 184 kes.

Katanya, ia diikuti dengan 130 yang dikesan melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.

"Sebanyak 64 kes melibatkan kesalahan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran, 56 gagal menyediakan peralatan, merekod diri atau pelanggan dan 36 kes premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, 25 individu didapati keluar rumah tanpa alasan munasabah, 13 aktiviti pusat hiburan, 11 membawa penumpang berlebihan, tujuh ingkar perintah kuarantin dan lain-lain 63 kes," katanya.